Perkhidmatan

Pemasangan

  • Invisible Cable Grille
  • Hollow Steel Iron Grill
  • Aluminium Glass

Mengenai Kami

SUHAF RESOURCES merupakan syarikat perniagaan tunggal, 100% bumiputera yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bernombor pendaftaran 003158023-D.


SUHAF RESOURCES atau Suhaf Invisible Cable Grille menawarkan perkhidmatan pemasangan Invisible Cable Grille dengan menggunakan produk berkualiti tinggi yang telah lama berada di pasaran sejak 2020 lagi.


Produk Premium juga telah diperkenalkan pada tahun 2022 dan masih mendapat sambutan yang hangat dari pelanggan. Perkhidmatan pemasangan tertumpu pada kawasan semenanjung Malaysia. Majoritinya adalah kawasan perumahan bertingkat di:

  • W.P. Kuala Lumpur
  • Selangor
  • W.P Putrajaya
  • Melaka
  • Pulau Pinang

Jualan dalam talian adalah salah satu medium yang digunakan oleh pihak kami sejak mula beroperasi. Bermula dari “home based office” sehinggalah kami dapat menyediakan pejabat rasmi untuk pelanggan melawat dan melihat sendiri fizikal produk yang ditawarkan

Mengapa pilih kami?

screen presentation icon

Sebut Harga diberi secara PERCUMA

Servis Lawatan Tapak PERCUMA.

Dalam kawasan KL dan Selangor sahaja

Employee Icon Vector Male Construction Worker Person Profile Avatar with Hardhat Helmet in Glyph Pictogram Illustration
arrow left icon
Drawing Compass Solid Icon
arrow left icon

Deposit tempahan serendah RM100

Wrench and Hammer icon

Pemasangan siap dalam masa 1 hari. Bergantung pada saiz dan cuaca

arrow left icon
  • Hasil kerja yang berkualiti
  • Grill boleh custom mengikut citarasa pelanggan
  • Harga yang kompetitif dan servis yang pro-aktif
  • Syarikat dan pekerja yang berpengalaman
  • Komunikasi yang baik antara jurujual dan pelanggan
  • Siap mengikut masa yang ditetapkan

Spesifikasi Premium

Premium Spec

Spesifikasi ini membawa produk yang berkualiti tinggi dan lebih mahal dari produk yang lain. Kabel yang digunakan adalah kabel gred tinggi iaitu Silver Chromium, Golden Nano & Golden Nano Ultra-V Coated Cable. Kesemua kabel adalah jenis stainless steel gred 316 bersama penebat dengan salutan nanoparticle berwarna keemasan untuk Golden Nano dan salutan nanoparticle berwarna perak untuk Silver Chromium. Manakala Golden Nano Ultra-V pula adalah tambahan salutan untuk Golden Nano. Kedua-duanyanya tahan lama, kalis air, kalis sinaran UV dan semestinya dijamin kalis guruh atau kilat. Sesuai untuk digunakan di ruangan balkoni dengan cahaya lampu jingga bagi menampakkan suasana elegan.

best seller
Golden Nano Coated Cable

Spesifikasi Produk

Invisible Cable Grille dari kami

new tag
best seller
Golden Nano Ultra V Coated Cable
new tag
Silver Chromium Coated Cable
Golden 15 years warranty label

Breaking Strength

UV Resistant

Heavy Duty

Anti-Rust

5 stars icon, 5 yellow stars
5 stars icon, 5 yellow stars
5 stars icon, 5 yellow stars
5 stars icon, 5 yellow stars

Spesifikasi Standard

Standard Spec

Berbeza dengan spesifikasi premium, spesifikasi standard membawa produk yang bermutu tinggi dengan harga yang berpatutan. Produknya adalah Teflon Coated Cable. Kabel adalah Stainless Steel Gred 316 dengan salutan yang diperbuat daripada Teflon atau dikenali sebagai PTFE singkatan kepada Polytetrafluoroethylene. Tekstur salutannya lembut dan tahan sinaran UV. Tahan lama untuk kegunaan yang berpanjangan.

Teflon Coated Cable
Golden 10 years warranty label

Breaking Strength

UV Resistant

Heavy Duty

Anti-Rust

5 stars icon, 5 yellow stars
5 stars icon, 5 yellow stars
Four-Star Rating Illustration
5 stars icon, 5 yellow stars

Spesifikasi Ekonomi

Economy Spec

Spesifikasi ini adalah untuk produk termurah atau mampu milik. Kabel yang digunakan adalah antara kabel gred rendah iaitu Nylon Coated Cable. Kabel adalah stainless steel gred 316 dan salutannya diperbuat daripada Nylon iaitu bahan plastik sintetik yang terdiri daripada poliamida (polyamides) dengan berat molekul tinggi. Tekstur salutannya keras dan tahan lama.

Nylon Coated Cable
Golden 5 years warranty label

Breaking Strength

UV Resistant

Heavy Duty

Anti-Rust

5 stars icon, 5 yellow stars
Three-Star Rating Illustration
5 stars icon, 5 yellow stars
5 stars icon, 5 yellow stars

Maklumat Tambahan

Ruangan yang bersesuaian untuk pemasangan Invisible Cable Grille adalah seperti:

  • Balkoni/Anjung
  • Tingkap
  • Belebas Tingkap (Ruang Kompresor Aircond)
  • Grill Pintu Masuk
  • Halaman dapur
  • dan lain-lain yang bersesuaian


Jarak antara kabel memainkan peranan penting untuk keselamatan. SUHAF RESOURCES menawarkan empat (4) pilihan jarak antara kabel mengikut kesesuaian pelanggan:


1 inci - Menghalang burung perosak

2 inci - Keselamatan bayi & kanak-kanak

3 inci - Keselamatan kanak-kanak remaja

4 inci - Hiasan / Dekorasi

Kami juga menawarkan beberapa pilihan produk add-on untuk keselamatan berganda.

  1. Alarm System

Penambahan Alarm System atau Sistem Penggera kepada Invisible Cable Grille bertujuan untuk mengukuhkan lagi faktor risiko keselamatan untuk pelanggan. Ia berfungsi untuk mengeluarkan bunyi siren yang kuat sekiranya salah satu jalur kabel terputus. Kebiasaannya berlaku kerana aktiviti pemotongan kabel/jenayah samun atau rompakan.

2. Access Frame

Penambahan Access Frame atau bingkai akses biasanya digunakan untuk tingkap. Ia bertujuan untuk memberi akses keluar/masuk ketika dalam situasi kecemasan. Selain itu, ia juga boleh memudahkan kerja-kerja pemasangan atau servis kompresor penghawa dingin yang kebiasaannya terletak di bahagian luar tingkap / belebas tingkap.

Galeri Pemasangan

Pemasangan di Balkoni Lurus
Pemasangan di Balkoni Melengkung
Pemasangan di Grill Pintu Masuk
Pemasangan di Balkoni Alarm System
Pemasangan di Balkoni Access Frame
Pemasangan di Tingkap
Pemasangan di Tingkap Access Frame
Pemasangan di Belebas Tingkap
Pemasangan di Balkoni Frame

Respon dari Pelanggan

Sumber : SUHAF RESOURCES Google Review

Sumber : Whatsapp SUHAF RESOURCES

Sumber : Page Facebook SUHAF INVISIBLE CABLE GRILLE

Perkhidmatan Lain

Hollow Steel Iron Grill

Kita juga menyediakan perkhidmatan pemasangan Hollow Steel Iron Grill atau Grill Besi untuk pelanggan yang gemar akan reka bentuk grill yang konvensional.

Aluminium & Glass

Perkhidmatan pemasangan pintu tingkap atau tingkap jenis leret juga kita sediakan untuk pelanggan yang inginkan privasi khususnya di bahagian halaman dapur yang terbuka.

KUNJUNGI PEJABAT KAMI

SUHAF RESOURCES

01-32 SKY AWANI II COMMERCIAL

JALAN 2/12,

KAMPUNG BATU MUDA

51100 W.P. KUALA LUMPUR

WAKTU OPERASI:

ISNIN - JUMAAT

9:00 PAGI - 5:00 PETANG

SABTU

9:00 PAGI - 2:00 PETANG

AHAD & CUTI UMUM

TUTUP

“We are providing service that is not to pricey for safety & security. But it is surely affordable.”

“Kami menyediakan perkhidmatan yang tidak terlalu mahal untuk keselamatan. Tetapi ianya pasti berpatutan.”

- Suraya Hani Sauzi -

Pemilik / Pengurus Syarikat

Simple Facebook Icon
Simple Instagram Icon
Simple Youtube Icon
mail glyph icon